Saturday, November 10, 2012

RAYA HAJI (AIDILADHA) SEBUAH PENGORBANAN

Assalamualaikum...

       
       Sudah dua minggu rasanya hari raya Aidiladha berlangsung. Aidiladha atau dikenali juga sebagai hari raya korban ataupun hari raya haji merupakan hari kebesaran umat Islam di mana mereka akan menyambutnya pada 10,11,12, dan pada siang hari 13 Zulhijjah. Pada hari tersebut kita dilarang berpuasa dan dinamakan hari tasyrik. Pada hari itu juga kita disunatkan untuk bertakbir.

       Hari raya korban ini mempunyai kisahnya tersendiri iaitu kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang mana terpaksa mengorbankan anakandanya sendiri iaitu Nabi Iamail Alaihissalam dengan menyembelih anakandanya atas perintah Allah S.W.T. Akhirnya Nabi Ismail ditukarkan kepada seekor kibas ketika penyembelihan itu dilakukan. Itulah kebesaran Allah. Daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, kita disunatkan untuk menyembelih binatang korban. Antaranya ialah kambing, kibas, unta, dan lembu.
    
       Hari raya korban bermula pada 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam di mana hari untuk kita memperingati sejarah tentang keluarnya Nabi Adam dan isterinya Hawa dari syurga ke bumi atas kesalahannya yang memakan buah khuldi iaitu buah yang dilarang oleh Allah untuk memakannya apatah lagi mendekatinya. Tetapi atas bisikan iblis, mereka memakan buah tersebut dan dihukum untuk turun ke bumi dan mereka terpisah. Tetapi mereka akhirnya ditemukan di padang Arafah. Hari raya ini juga disambut untuk meraikan orang-orang yang pergi haji ke Makkah al-Mukarramah di mana mereka menunaikan kewajiban rukun Islam yang kelima.

 
khusyuk mendengar khutbah
     Pada 10 Zulhijjah, orang Islam disunatkan untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidiladha sebanyak dua rakaat, 7 takbir pada rakaat yang pertama dan 5 takbir pada rakaat yang kedua. Selepas itu khutbah pula disampaikan. Selepas berkhutbah mereka akan menjalankan ibadat korban iaitu menyembelih binatang korban. Daging sembelihan itu akan diagihkan kepada fakir miskin.

     Itulah serba sedikit tentang Hari Raya Haji. Mari tengok raya haji di Surau Al-Hidayah....











                         Orang kuat surau Al-Hidayah...Pakde Denan dan Kang Maman.



 bersalaman sesama jemaah selepas siap menunaikan solat aidiladha dan mendengar khutbah.



khutbah disampaikan oleh Pakde Denan di suarau al-Hidayah



kentong dibunyikan tanda sudah tamat solat sunat dan bacaan khutbah bagi memeriahkan lagi suasana kampung
Mengira duit sedekah daripada ahli surau. Wak Pandi gn abg Din.



Sembelihan dilaksanakan. Takbir.


sempat mengunjungi rumah kak rona di puncak alam


Beginilah kemeriahan hari raya di kampung ku..