Monday, December 10, 2012


TENTANG DIRA

Teringat lak kt arwah enor....wah sdih ny..baru2 ni bik sawiyah iaitu adik kpd mak lan mninggal dunia...warghhh..mmg sdih...ella jmpe arwah kali terakhir mse hari rye aidilfitri ri 2..pas 2 mse rye aji x jmpe pun...spatut ny ella g umh bik sawiyah sbb ad kndri kt c 2 tp ella x g pun sbb malas...last2 malin,kak ct gn yu yg g...terkilan gk...ni die mninggal pun x dpt blk...nk cter psl blk kg pun dh mls sbb alasan yg sme sbb xde org nk bwk...nk wt cmne kn...ble ad org mnnggal je mst teringat kt arwah enor..ella tau, br bln 7 enor mninggal tbe2 bik sawiyah lak yg mninggal...mmg kuasa Allah nk menarik mnusia pd ble2 mse...ella tkut mak lan tertekan je...taun ni adalah taun ksedihan...warghhhh..mmg sdih...
teringt lak kang lan b'susah pyh nk crk dana utk prubatan arwah enor...brite 2 dh tersebar pun kt mingguan wanita x lame dlu..tp mmg dh lme la gk..hehehe...k la,,,ikuti kisah ny dlm mngguan wanita...

Adira Mahu Pulang RM75 Ribu Jadi Penghalang

Jam di dinding menunjukkan angka 11. Nurul Adira Bakin, 19, memasukkan bungkusan keropok losong yang dikirim oleh pensyarahnya ke dalam bakul motosikal yang bakal ditunggang tidak lama lagi.
Dalam perjalanan nanti, dia akan mengambil teman sekuliahnya di pekan Sungai Besar, langsung ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor. Begitulah sifat Adira yang lincah dan cukup disenangi baik di kalangan pensyarah mahupun teman-teman sepengajian.
Walaupun mempunyai lesen, pelajar program Diploma Kejuruteraan Awam ini jarang menunggang motosikal. Biasanya dia akan dihantar oleh abangnya, Mohd Razif, 27. Hari itu, Adira tiada pilihan. Abangnya perlu menghantar Mak Tua ke satu tempat. Lagipun Adira bukan budak kecil lagi. Pandailah dia mahu membawa diri.
Belum pun lama Adira keluar dari rumah, Mohd Razif menerima panggilan yang menyatakan adiknya mengalami kemalangan ketika cuba mengelak kenderaan di satu selekoh.
Razif bergegas ke tempat kejadian dan mengikut tatkala adiknya dibawa oleh ambulans ke hospital di Klang. Di sana adiknya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Saya dimaklumkan adik saya telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di simpang jalan Sungai Apung berdekatan dengan Politekniknya. Kata saksi yang melihat kejadian, adik saya tercampak setinggi tiga meter dan melekat di tiang elektrik sebelum pengsan dan jatuh tersembam ke tanah. Tali helmet yang dipakainya terputus dan cermin yang menutup mukanya terpecah. Kawannya pula tercampak jatuh ke dalam lopak air.
“30 Mac itulah adik saya disahkan mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala, paru-parunya berair, otak, hati dan buah pinggang membengkak. Selepas dua minggu, bahagian yang membengkak mulai mengecut.
“Hampir dua bulan, adik saya ditempatkan di ICU. Memandangkan kami tinggal di Sabak Bernam manakala Adira pula di Klang, agak jauh untuk keluarga kami melawat mahupun bergilir-gilir menjaganya. Jadi saya mohon daripada pihak hospital agar memindahkannya ke hospital di Sabak Bernam,” ujar Razif.

Beban Kewangan Memeritkan

Sebaik sahaja berpindah ke hospital yang berdekatan dengan rumah, keluarga Adira pula berhadapan dengan bebanan kewangan yang cukup memeritkan. Beberapa perbelanjaan harian yang melibatkan susu, lampin pakai buang, beg najis perlu disediakan sendiri oleh keluarganya. Mereka memerlukan sekitar RM140 sehari. Sementara itu ibu Adira, Darmi Dayat, 53 mempunyai 13 orang anak.
Walaupun empat daripadanya telah berkeluarga, masih ada lagi beberapa orang anak-anak yang bersekolah dan belajar di pusat pengajian tinggi. Tentulah jumlah itu tidak mencukupi buatnya.
Ditambah dengan keadaan Adira yang koma pastinya menambahkan lagi beban di jiwa ibu tunggal yang tidak bekerja ini. Air matanya hampir kering setiap kali mengenangkan nasib anak ke sebelasnya itu. Setiap kali menjaga anaknya itu dia sentiasa bercakap dengannya. Dia mahu Adira bangkit semula, namun Adira tetap juga terbaring walau telah tiga bulan berlalu. Doktor pula memaklumkan andai dalam tempoh enam bulan Adira tidak berubah, maka begitulah nanti keadaan Adira untuk selamanya.
“Setiap tiga jam, saya akan memberikan susu khas yang dimasukkan melalui hidung. Harganya dalam RM70 lebih. Pernah sekali, kami keputusan wang.
Cadangnya mahu mengambil wang dari anak pada sebelah petang, rupa-rupanya susu Adira habis di tengah hari. Memang kelam kabut, sebab kalau nak mengambil duit itu saya perlu ke Shah Alam,” cerita ibunya dalam linangan air mata.

Air Mata Adira

“Sebenarnya kami mahu mendapatkan hak Adira melalui perlindungan insurans tapi kami tak boleh berbuat apa-apa kerana dia dilanggar lari. Saya amat berharap pihak yang melanggarnya tampil membuat pengakuan bagi membolehkan insuransnya berfungsi seperti yang sepatutnya,” tambah abang sulungnya, Roslan, 43 yang telah menghubungi pihak MW bagi mendapatkan bantuan.
“Setiap hari beginilah keadaan Adira. Hanya terbaring dan tidak memberikan tindak balas dari segi fizikal. Kami akan pegangkan bola di tangannya bagi membolehkan otot-ototnya memberi respons. Kalau saya letakkan tangan saya di hadapannya dia tidak akan beri tindak balas kecuali saya sentuh bulu matanya,” sambung Roslan lagi.
Hari itu, ketika kami merakam kisahnya, Adira menangis dan mengalirkan air mata. Seakan dirinya memahami kepayahan yang dialami oleh keluarganya. Air mata Adira membuatkan abangnya Razif sedikit terkejut.
Tuturnya sepanjang menjaga Adira di kedua-dua buah hospital Adira tidak pernah memberikan respons sebegitu. Begitu pun keluarga ini cukup mengharapkan agar mereka dapat membawa Adira pulang ke rumah.
Bagi mereka itulah jalan terbaik untuk mereka lakukan. Sekurang-kurangnya apabila berada di rumah, ibunya boleh menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adik yang lain di samping menjaga Adira malah adik-beradik yang lain juga boleh membantu.
“Bila dia ditahan di hospital agak sukar kerana jadual lawatan yang terhad dan bukan semua adik-beradik boleh menjaganya. Tapi hendak membawa Adira pulang kami perlu membeli katil, tilam angin, mesin sokongan hayat, lampin pakai buang, beg najis dan susu tepungnya.
“Doktor di hospital telah mengira dan memaklumkan kosnya berjumlah RM75 ribu. Mana hendak kami cari wang sebanyak itu. Hendak biaya kos bulanan pun kami tersangkut sana-sini.
“Kami ada juga membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat tapi belum ada apa-apa respons daripada mereka (sehingga artikel ini ditulis). Menurut doktor, Adira sudah boleh dibawa balik, cuma kami sahaja yang kurang berkemampuan untuk membawanya pulang. Saya juga mengharapkan agar ada pengamal perubatan di luar sana yang sudi membantu kami memulihkan Adira,” ujar anak sulung ini lagi.

BANTU ADIRA

Buat masa ini, keluarga Adira hanya menanti keajaiban Allah untuk membantu menabahkan hati dan memudahkan mereka melalui ujian-Nya yang penuh getir itu.
Bagi pembaca MW yang mahu menghulurkan bantuan dan meringankan beban keluarga Adira boleh hubungi Roslan di talian 010 8772235 dan menyalurkannya ke Bank Simpanan Nasional-08600-29-00008840-8 dan Bank Islam 12-056-02-023702-9 atas nama Sarmi binti Dayat.



setakat ni je la kisah tntg ny...mmg sedih..

1 comment: